Wednesday, February 17, 2010

Shout out in the silence....

 
 A:"Wei, kenapa kau buat blogpost macam tu? Mane boleh... Nanti polis tangkap, padan muke kau..."


B:"Mane boleh dia orang tangkap aku... Kan aku cakap benda yang betul... Ade bukti kukuh lagi sahih depan mata. Salah tetap salah..."

A:"Aku tau... Kalau kau still kat oversea lagi, kau bolehlah cakap terang-terang macam tu.. Tapi kau dah balik ke sini, undang-undang tak benarkan... Eh, ni gambar tipu ni..!"

B:"Ah, pergi jahanam dengan peraturan, aku belajar dekat sana untuk develop kepala otak orang Malaysia yang serabut dengan adat dan peraturan... Aku nak tunjukkan dia orang, orang Malaysia pun berani bersuara... Diamlah kau!"

Seminggu selepas B menghantar post itu ke dalam blog, beliau pun ditahan dibawah akta negara itu atas alasan mendatangkan hasutan... Dan hilang bersama berita yang dibawa...

Situasi ini terjadi apabila pihak 'yang rasa berkuasa' merasa 'diancam'... persoalannya, adakah kita apabila tahu rahsia seseorang, menggunakan cara yang agak semberono untuk mengenakan pihak lain untuk kepentingan sendiri?

Situasi itu lebih kurang sama dengan situasi ini, yang lebih dekat dengan kita...

F: "D, aku nak jual karipap kelas B(tak berapa nak sedap) ni dengan harga 20 sen... Kau jangan bagi tahu orang lain tau..."

D: "Mahalnya..Ok.. Bahagian aku lima sen tau setiap karipap tu..."

Keesokannya, D pula menjual karipap kelas C (tak sedap langsung) di kedai yang agak jauh dengan harga 15 sen... konon-konon nak sorok cerita dan kurangkan persaingan... akan tetapi, siapalah yang nak beli karipap kelas C beliau itu... (alah membeli,menang memakai; orang kampung ni moden belaka). D pun merasa sakit hati. Dengan kudrat, pengikut dan pengaruh yang dia ada, selamba dia 'meracun' minda penduduk... Jangan percaya dekat kedai F, kos buat karipap tu 5 sen je, yang buat sedap, kedai tu pakai pelaris celup seluar pendek... Punya sakit hati, siap buat gambar dan video super impose, untuk buktikan kedai tu betul-betul teruk... hasilnya, kedai D kaya,tetapi...

Kedai F mengalami kemerosotan... Tauke kedai F ternganga... pelanggan lari ke kedai D... Isteri F mula berubah, asyik-asyik membebel dekat lakinya... "awak ni tak reti jaga kedai ke? Asyik-asyik rantai emas saya je awak kebas,"

F tidak tahan lagi... Apa yang dia rancangkan, akan musnah. F gunakan kudratnya juga, dengan duit yang tinggal tak seberapa, cuba juga selamatkan kedainya... Akhirnya dia mendapat idea... Kalau B di'hilang'kan, mesti kedai aku selamat... Misi 'menyelamat' pun berjalan... F dengan selamba membuat helah untuk menghilangkan keyakinan orang kampung kepada B dengan mengupah seseorang untuk menjadi duri dalam daging..Karipap F sedap, karipap D banyak kulat... hasilnya berjaya... tak cukup dengan balas dendam, diupah pula kumpulan mat-mat motor untuk me'nyenyap'kan D... maka D pun hilang di dalam komuniti...

Adakah anda :
  1. D? Penjual karipap yang tidak cukup dek untung? Sebar cerita yang direka sendiri untuk menjatuhkan orang lain?
  2. F? Penjual karipap yang cuba selamatkan kedai dengan cara yang salah?
  3. B? Anti putar belit dari luar negara yang dengan selamba membawa ketaksuban diri dan amarah (rasa berkuasa), ditambah dengan penipuan yang tidak berkesan membalas dendam dengan cara yang tidak disukai orang lain? Atau,
  4. A? Yang tidak tahu apa-apa, masih takut-takut dan cuba mencari kebenaran, walaupun sudah mengetahui kesahihan cerita yang dibawa adalah 50% boleh dipercayai?

 Anda pilih....sekian....




Gratisan Musik

3 comments:

M.SYAMSUL ANAM BIN QAMARUL HUDA said...

aku pilih A ..

Ain Nabihah Bt Ahmam said...

sy pilih A jgk.. =)

Zainol said...

pening saya baca post kamu ni...

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates